Tn Guru Abdul Hadi: Tidak Boleh Dilarang Menyebutkan Perkataan Allah, Namun Ada Sempadannya.

0

Minda Presiden PAS

TIDAK BOLEH DILARANG MENYEBUTKAN PERKATAAN ALLAH, NAMUN ADA SEMPADANNYA

Pada dasarnya tidak boleh dilarang sesiapa sahaja untuk menyebutkan perkataan Allah, sama ada seorang Muslim atau apa sahaja anutan agama selain daripada Islam.

Termasuklah penganut agama yang melantik paling banyak Tuhan, bahkan golongan yang tidak beragama dan ateis (tidak percaya akan adanya Tuhan), juga tidak boleh dilarang menyebutkan perkataan Allah, jika ia mahu diucapkan atau ditulis.

Tidak boleh juga dilarang kepada golongan yang berpelajaran tinggi, termasuklah orang yang paling bodoh dan buta huruf. Bahkan golongan yang paling gila dan tidak siuman serta tidak mempunyai akal langsung pun, jangan sekali-kali melarang mereka daripada menyebutkan perkataan Allah.

Namun, perlu diketahui bahawa maksud perkataan Allah yang sebenar adalah mengikut asal usul daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa asal bagi al-Quran.

About The Author

Kongsikan Pada Sahabat Kita Yang Memerlukannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *