LATAR BELAKANG YBHG. DATO’ SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI – KETUA POLIS NEGARA KE-13

  1. Ketua Polis Negara ke-13, Dato’ Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani dilahirkan pada 3 Oktober 1961 di Petaling Jaya, Selangor.
  2. Beliau yang memiliki kelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam telah menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Assistant Superintendent of Police (ASP).
  3. Sepanjang perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia, beliau telah memegang pelbagai jawatan di peringkat Daerah, Negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman. Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Daerah, Komandan Maktab PDRM, Ketua Polis Negeri Terengganu dan Perak serta Pesuruhjaya Polis Sarawak.
  4. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengurusan.
  5. Seterusnya, beliau telah dilantik menjadi Pengarah di beberapa Jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020.

Kongsikan Pada Sahabat Kita Yang Memerlukannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *