Prof Dr Tasuku Hanjo Membuat Pembongkaran Berani Tentang Virus Corona – Covid-19.

0

Seorang Professor Perubatan Jepun (Professor Physician-Sceintist and Immunologist), Professor Dr. Tasuku Honjo telah mengejutkan media hari ini dengan pendapatnya tentang Covid-19.

Beliau mengatakan bahawa Corona virus ini bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ia semulajadi, ia tak akan menyerang seluruh dunia seperti hari ini.

Secara semulajadi, suhu tempat virus itu muncul merupakan satu faktor utama dan faktor cepatnya ia merebak. Jika ia muncul di China, sepatutnya ia hanya merebak dan menyerang negara yang suhunya hampir sama dengan China.

Ini tidak, ia telah menyerang seluruh dunia termasuk tempat sejuk seperti Switzerland dan tempat yang sangat panas seperti di gurun. Jika ia semulajadi dan muncul di tempat sejuk, ia akan mati bila terdedah di tempat yang panas.

Saya telah berkecimpung dalam kajian tentang haiwan dan Virus selama lebih 40 tahun. Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia telah dicipta dan dengan bahasa mudahnya adalah buatan manusia.

Saya sendiri juga pernah bekerja di Makmal Wuhan di China. Dan saya sangat kenal dengan semua rakan-rakan setugas saya di sana.

Sebaik sahaja isu Corona Virus ini berlaku, saya telah cuba menghubungi rakan setugas semasa di Makmal Wuhan dahulu. Tapi semuanya gagal di kesan. Semua talian mereka telah tiada perkhidmatan sejak 3 bulan yang lalu. Di sini saya faham, bahawa mungkin mereka semua telah mati.

Berdasarkan kepada semua pengetahuan dan semua kajian saya tentang virus hingga ke hari ini. Saya percaya dan yakin 100% bahawa, Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia bukan datangnya daripada Kelawar. Tetapi ia telah dicipta dan dihasilkan oleh China.

Jika apa yang saya katakan ini adalah salah, sebelum atau selepas saya mati, saya benarkan kerajaan menarik semula semua Hadiah Nobel yang pernah saya terima.

Tetapi China telah menipu seluruh dunia dan penipuan ini akan terbongkar. Percayalah suatu hari nanti, kebenaran ini pasti akan diakui oleh semua manusia.

About The Author

Kongsikan Pada Sahabat Kita Yang Memerlukannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *